Ramadhan:Kenangan Terindah Di Celah Kehidupan
Assalamualaikum wbt.
Sempena di bulan mulia bulan teragung penuh rahmat dari segala bulan, hamba Allah yang kerdil ini memohon mapun dan maaf diatas segala salh silap, dan sama-sama kita doakan agar ibadah dan apa saja yang kita lakukan di redhai, diberkati dan dirahmati Allah swt serta dilipat kali gandakan pahala untu penebusan diri kita di Alam sana nanti, amin.Isyaallah.
Alhamdulillah, hingga ke hari ini, terutamanya buat Ramadhan pada tahun ini, rahmat yang terbesar yang kita perolehi ialah, kita berpeluang melalui bulan mulia ini dengan izin Allah yang memanjangkan hayat kita. Sudah ramai yang tidak merasainya di kalangan saudara mara dan ahli keluarga kita, ini peluang yang terbesar yang patut kita raih dalam hayat kita yang masih bersisa.
Hati bergetar bila pengumuman puasa di umumkan malam tadi, bukan apa, rindu benar dengan kedatangan Ramadhan, setahun telah berlalu rupanya, bermakna telah sethaun kita tinggalkan Ramadhan dulu, telah setahun juga hayat kita berlalu, dan dengan izin Allah swt kita masih mampu menerima kedatangan Ramadhan buat kali ini. Syukur Alhamdulillah. Tanpa kita kita sedar hayat kita semakin hari semakin menghampiri...menghampiri detik kepulangan kita ke destinasi azzali. Ya Allah..
Bercerita tentang Ramadhan, sangat indah untuk dikenang, sangat sedih jua untuk renung. Banyak kisah Ramadhan, sejak dari kecil hingga dewasa. Masa kecil-kecil dulu, masa di kampong, sangat rajin berpuasa, pernah juga 2-3 kali curi minum air masa mandi, lepas mandi Nampak segar semacam je..balik dari sekolah ke belakang rumah, panjat pokok jambu makan jambu atas pokok, maklumlah time posa ni dugaan tu kuat sangat, Nampak pisang putik pun sedap, Nampak nasi kucing pun sedap hihihi..tapi ini kisah masa darjah satu le..masa nak posa macam orang dewasa tapi tak tahan...kih kih kih
Malam hari sangat bersemangat ke madrasah untuk ramai-ramai mengerjakan solat terawih, pastu jerit kuat-kuat Sallallah salamunalaik…!! Wah seronok sungguh masa tu masih segar diingatan, oh rindunya saat itu nak sangat ia berulang kembali. Dan semestinya wktu paling best bagi kami ialah masa moreh selepas solat terawih. Kadang tu tak sempat habis solat lagi dah mula keluar masuk pergi ke tempat makcik-makcik yang sediakan moreh tu, kononnya nak rasa, padahal tak sabar nak makan moreh..hihihi sungguh mengusik jiwa. Tapi saying semua itu sudah tiada lagi, kalau balik kampong pun, suasana dah tak sama macam dulu lagi..surau yang kecil dulu kini telah digantikan dengan masjid yang besar dan selesa namun tetap sunyi, tak semeriah dulu lagi..
Menginjak dewasa, sambut Ramadhan di macam-macam tempat, tidak lagi di rumah di kampung. Lagi banyak pahit manisnya..masa sekolah menengah, berpuasa di asrama, jam 3pagi dah bangun untuk bersahur, seronok juga bersahur dan berbuka bersama kawan. Masa merantau ke KL, berpuasa di rumah sewa bersama kawan-kawan berbuka ala kadar dan bersahur jarang-jarang, adakalanya tak bersahur pun, pernah berbuka dengan roti je, pernah dengan air sejuk je, pernah hanya dengan kurma je, sedihnyer.
Masa study di UiTM, bersahur dan berpuasa di Kolej Teratai. Sahur pun awal juga, jam 4 pagi, berbuka pun biasalah…makan nasi kawah kan..hmm..tingat juga zaman tu..memang mencabar juga, pergi kelas pun lembik jer..2 tahun berpuasa di kolej, setahun selepas tu di rumah sewa bersama 14 orang kawan..rindunyer waktu itu.
Banyak pengalaman di bulan Ramadahan, pernah berpuasa dinegeri orang, sangat sedih coz suasananya sangat jauh berbeza dengan negeri sendiri, betullah kata pepatah, hujan emas di negeri orang baik lagi walau hujan batu di negeri sendiri. Apa lagi kalau berada di kelompok orang-orang yang tidak menghargai ibadah di bulan Ramadhan lagi kita akan terasa sedih kerana tidak dapat merasai kemeriahannya, tapi di mana pun jua kaki ini berpijak, selagi ku berpijak di bumi Allah swt, insyaallah aku akan hargai setiap detik indah bersama Ramadhan, kerana tiba ia dinanti, pergi ia dirindui.
Tahun ini, Alhamdulillah ia tiba lagi dan sempat lagi kita nikmati ia bersama, siapa tahu tahun depan akan ketemu lagi atau tidak..Ya Allah syukur dengan rahmat dan nikmatmu. Salam Ramadhan buat semua..
Comments
Post a Comment
respon..