Ada apa dengan 60 hari?
Mmm, dah lama benar ku tinggalkan blog ni, bukan lari..bukan menghilangkan diri.. sekadar menyepikan diri selama 60 hari.. Bukan malas..bukan juga tiada masa..tapi jiwa yang agak suram dan kecewa membuatkan semangat seakan hilang. Banyak perkara yang agak berat untuk ditanggung telah berlaku sepanjang tempoh itu. Kecewa dengan sebuah perhubungan.. Kejujuran yang hilang… Kepercayaan yang dikhianati.. Itu semua sudah cukup untuk membuatkan jiwa ini hambar.. Tapi demi sebuah kelangsungan hidup, selagi hidup ini belum bernokhtah,…ia perlu diteruskan. Aku bersyukur diberikan sekeping hati yang masih kuat untuk mengharunginya, biarpun dengan sepasang mata yang sering mengalirkan air jernih..kesabaran sering datang dan pergi.. Aku tidak mahu tewas hanya kerana sebuah cinta yang gagal ku gapai.. Aku mahu terus kuat demi insan kecil yang amat kukasihi. Menjauhkan diri mencari ketenangan ke kampung halaman memberikan aku sedikit ruang untuk mencari kekuatan melalui onak duri yang makin tajam dan...