Baby Danish ke HKL sekali lagi..
Malam khamis baru-baru ni 11.03.10 baby Danish tiba-tiba mengalami semput dan sesak nafas, nafanya sangat laju dan bunyi "wheezing" di paru-parunya bila menarik dan menghembuskan nafas... Bawa ke HKL..terus admitted, tinggallah kami berdua di sana selama 9 hari, dari 11/03-19/03/10. Doktor mengesahkan baby mendapat jangkitan virus di paru-paru.. Alhamdulillah setelah setiap hari baby di berikan gas by neb, dan oxygen 24 jam, baby pulih dengan baik dalam masa 4 hari, tapi selepas itu, baby dapat pula jangkitan virus ke usus, membuatkan baby muntah dan cirit birit bermula jam 4.15 pagi 15/03 (isnin) terpaksa doktor 'line on' semula untuk drip dan baby jadi cengkung dan lesu semula...ketika itu keadaan baby amat sedih.. Tiada lagi senyuman dan ketawa baby...meruntun jiwa yang memandang.. Hanya doa dan airmata menemani malam-malam kami berdua di wad KK6, Inst. Pediatrik HKL.. Akhirnya, syukur alhamdulillah pagi 19/03/10 baby kelihatan ceria, mampu tersenyum dan sudah mint...