Baby Danish ke HKL sekali lagi..



Malam khamis baru-baru ni 11.03.10 baby Danish tiba-tiba mengalami semput dan sesak nafas, nafanya sangat laju dan bunyi "wheezing" di paru-parunya bila menarik dan menghembuskan nafas...

Bawa ke HKL..terus admitted, tinggallah kami berdua di sana selama 9 hari, dari 11/03-19/03/10. Doktor mengesahkan baby mendapat jangkitan virus di paru-paru..

Alhamdulillah setelah setiap hari baby di berikan gas by neb, dan oxygen 24 jam, baby pulih dengan baik dalam masa 4 hari, tapi selepas itu, baby dapat pula jangkitan virus ke usus, membuatkan baby muntah dan cirit birit bermula jam 4.15 pagi 15/03 (isnin) terpaksa doktor 'line on' semula untuk drip dan baby jadi cengkung dan lesu semula...ketika itu keadaan baby amat sedih..

Tiada lagi senyuman dan ketawa baby...meruntun jiwa yang memandang..

Hanya doa dan airmata menemani malam-malam kami berdua di wad KK6, Inst. Pediatrik HKL..

Akhirnya, syukur alhamdulillah pagi 19/03/10 baby kelihatan ceria, mampu tersenyum dan sudah minta nak makan pada jam 1 pagi...aku suap baby dengan linangan airmata..baby senyum membalas pandanganku..baby makan sampai habis semangkuk kecil..

Petang itu aku dibenarkan keluar dan kami selamat pulang kerumah, aku rindu afiz dan kakak...afiz dan kakak tak jemu-jemu memeluk dan mendokong baby, mereka sangat gembira baby sudah pulang..

Malam itu baby tidur sambil tersenyum dalam pelukan abang afiz dan kak wisya di kiri dan kanan baby...

Alhamdulillah.

Comments

  1. Salam Ada,
    siannya kat baby..kecik2 dah alami masalah kesihatan.
    Ada, bagaikan kena lagu kat sini dengan entry Ada ni.moga airmata yg tumpah ini bisa kering..

    ReplyDelete
  2. siannya baby,kak ida jg baby elok2,benda2 yg sejuk or pantang jgn sesekali kasi dia mkn.kena inform pengasuhnya.kena ambil tahu setiap hr apa yg dimakannya kalu kak ida x nampak.bahaya kalu dpt penyakit mcm tu,sensitif sikit je..

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH