Baby Sudah Mulai Berjalan...
Sekarang bay dah berumur 1 tahun 4 bulan @ 16 bulan. Baby sudah mulai bertatih dan berjalan dua tiga langkah, cuma masalahnya baby ni kurang rajin untuk terus berlatih, bila mara 2-3 langkah baby sambung dengan merangkak, jadi lambatlah sikit berjalan jika dibanding dengan abang dan kakaknya yang mulai berjalan laju dalam umur 1 tahun.
Alhamdulillah sejak keluar wad pada pertengahan September baru-baru ini baby semakin sihat dan tidak lagi sakit-sakit seperti dulu. Sejak mengamalkan ubatan cina Que Fei San nampak seperti serasi dan mujarab buat baby, syukur alhamdulillah, harapan yang terbaik buat baby agar baby sihat dan tidak lagi sakit seperti dulu.
Aku mahu lihat baby sembuh dengan sepenuhnya dan sentiasa ceria bersama abang dan kakaknya. Abang afiz pun dah mulai membahasakan dirinya abang, bila kita tanya abang afiz ke, jawabnya bukanlah...abang je, heehee...tapi dengan ummi dan abaoh masih membahasakan dirinya adik.
Kakak, insyaallah tahun hadapan masuk darjah satu, di SK S.Gombak 2. Semoga kakak menjadi pelajar yang pintar dan anak yang solehah, insyaallah, amin.
Tiada yang lebih baik buat seorang ibu daripada melihat mereka gembita dan bahagia, aku tersenyum bila kau ketawa, dan aku menangis bila kau berduka..
kasih sayang buat anak-anak ummi, haifa, hafiz, hariz.

Comments
Post a Comment
respon..