.:Ada Apa Dengan 9 Tahun:.



18.07.2002
18.07.2003
18.07.2004
18.07.2005
18.07.2006
18.07.2007
18.07.2008
18.07.2009
18.07.2010
18.07.2011

9 kali tarikh itu berulang, bermakna 9 kali tarikh itu dilewati, beerti sudah 9 tahun.Banyak pengertian di sebalik 9. kalau anak kecil sudah pandai menulis membaca, sudah bijak menilai, sudah mampu berdikari.Tapi itu kalau seorang budak kecil..Kalau baju, mungkin sudah lusuh, sudah buruk dan boleh dibeli baru.Kalau pokok mungkin sudah boleh ditebang atau dipotong dahan kerana terlalu rendang, tapi rendangnya meneduhkan alam.Kalau...apa lagi ya, macam-macam "kalau" boleh dibuat cerita.

Tapi ini cerita lain, cerita tentang sebuah tempoh yang sudah tertulis untuk sebuah ikatan.banyak cerita di sebalik 9. banyak kisah yang tak mampu terungkap.Atau senang cerita bukan tak mampu atau tak mahu diungkap tapi mahu simpan dalam hati..kalau diungkapkan bukannya beerti..

Banyak dukanya, banyak sedihnya, banyak sakitnya...
bahagianya tetap ada juga..
Hikmahnya juga tetap ada..malah begitu banyak..

9 itulah yang telah mendewasakannya, mengajarnya erti cerita tentang hidup.

9 itulah yang menguji dia, mencuba dia, dan membuat kesimpulan tentang dia.

Comments

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH