Edisi Balik Kampung

Alhamdulillah minggu lepas selamat balik kampung dan balik semula ke KL.
Perjalanan sangat menarik, menaiki keretapi dari KL sentral ke Wakaf Bharu sangat menyeronokkan apa lagi dua kanak-kanak riang tu belum lagi merasa naik keretapi.

Perjalanan alhamdulillah tiada apa-apa masalah, kalau bai yang keseorangan tu mungkin membosankan, tapi kami 5 beranak ni tak sempat bosan, maklumlah kelincahan 3 beradik tu terpaksa dikawal ketat. Lagi la katil kami berdekatan dengan pintu di gerabak W3 tu.

Malam tu bertolak dari jam 8.30 malam, jam 9.00 malam dinner dan setelah puas bermain dan bergurau, jam 10.30 mereka semua terlelap.

Sampailah esoknya tiba di WB jam 9.00 pagi.Kenduri berjalan lancar dan ramai tetamu di kalangan sanak saudara yang hadir memenuhi anjung dan ruang tamu.

Jumaat bawa anak-anak buah ke KB Mall..dan bermalam di P.Mas..rindu betul nak jumpa anak-anak buah.

Pagi sabtu kami sekeluarga menziarahi pusara ayahnda..sedih masih berbaki dan sebak masih terasa..ayah,semoga tenang di sana.

Di laman rumah, setiap kali terlihat motosikal ayah airmata gugur..lihat pokok mangga seolah-olah ternampak ayah sedang meninjau di bawahnya...sedih.

Semasa berangkat ke KL..sebak rasanya meninggalkan ma keseorangan...ma menangis.
Semoga Allah swt kuatkan hati ma dan selamatkan ma dari apa jua dugaan selama ma keseorangan.Insyaallah.

Jam 9.30 pagi bertolak ke P.Mas jumpa kakak dan anak buah.
jam 10.00 pagi tiba di Pekan Rantau Panjang shopping baju anak-anak dan handbag LV.
Jam 12.00 singgah di Kg Kulim, Jeli menikmati hidangan tengahari.
Jam 2.00 ptg tiba di G.Musang singgah isi minyak dan solat jamak.
Jam 7.30 malam tiba di Raub singgah di Masjid dan solat jamak.
Jam 11.00 malam tiba di rumah.

Syukur alhamdulillah, agak letih tapi terubat rindu.

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~