~bila buka mata~bila tutup mata~

Hari ini, bila buka mata..cuba,

Niatkan sesuatu yang baik dalam hati.Niatkan nak buat benda baik dan hasilkan perkara-perkara yang baik.

Senyum di cermin pada diri sendiri, tanda menghargai diri, kerana dirimu begitu berharga..!!Ucapkan terima kasih dan syukurmu pada Allah kerana telah mengizinkan harimu bersambung untuk hari ini dan mengurniakan wajahmu yang cantik..!

Dalam senyum, teruskan niatmu tadi, niat yang baik.

Mulakan langkahmu, langkah yang baik dan azamkan di hatimu buat sesuatu yang baik, lebih baik dari semalam, paling baik dalam hidupmu dan akan terus baik untuk esok.

Bukankah itu menjadikan kamu melalui hari ini dengan baik dan gembira?

Teruskan.

Namun sekiranya berlaku sesuatu yang kurang baik, atau tidak baik, atau tiada apa-apa yang baik, tetap anggap ianya sesuatu yang baik, tapi baik dibelakang hikmah perkara tersebut.

Teruskan senyum.walaupun kamu terpaksa menangis hari ini.
Lihat semula wajahmu di cermin, teruskan senyum, bersyukurlah kamu masih ada waktu untuk melihat wajahmu.kamu masih ayu,walau dalam sendu, kerana kamu masih senyum.

Bila kamu mahu mengakhiri hari ini, di saat kamu mahu menutup matamu kembali, senyum untuk dirimu sendiri.

Ucapkan syabas buatmu kiranya kamu berjaya akhiri hari ini dengan kebaikan yang banyak.Sekiranya kebaikan itu belum cukup buatmu, berazamlah untuk menggandakan kebaikan untuk esok, teruskan senyum dan simpan azammu.

Keesokannya, senyumlah semula ulangilah niat mu yang baik.

Semoga hari-hari mu dihiasi senyum yang manis dan hati yang sentiasa berniat baik.

Hiduplah dengan senyuman dan hati yang baik untuk selamanya.
Hingga menutup mata.

Comments

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

Dia semakin tabah