~Allah Telah Menyembunyikan 6 Perkara~



Assalamualaikum wbt
Saudara saudari muslimin muslimat yang dirahmati Allah swt, doa yang ikhlas dan memohon redha Allah yang maha pemurah lagi pengasih.

Di pagi yang mulia, ceria dan indah ini saya tergerak hati mahu berkongsi sedikit ilmu yang mungkin di kalangan kita belum mengetahuinya termasuklah diri saya sendiri.

Rupanya, Alah ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan kita supaya kita sama-sama mengerjakan ibadat untuk mendapat ganjaran terbaik dari Nya, dan disembunyikan juga agar kita sentiasa taat dan patuh menjalani kehidupan..

6 perkara tersebut adalah:-
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Terima kasih banyak-banyak buat sahabat baikku Siti Norbaidura kerana telah sudi berkongsi ilmu ini melaui emel di pagi hari, insyaallah ganjaran yang baik buat sahabatku dan kumohon keredhaan Allah swt buatnya sepanjang hari ini, amin.

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~