~xtbt last saturday~


Alahai..sejak minggu lepas lagi si kakak merengek tak puashati dengan cup cake yang Ummi buat.Bukan tak puashati kerana kurang sedap, tapi kerana tidak cukup.Al maklum sajalah berkebetulan dengan saudara mara yang datang dari jauh, menjadi hidangan minum petang tanpa disengajakan, chocolate cup cake kakak telah habis diselesaikan.


Maka dengan penuh semangat waja Ummi buktikan kasih sayang Ummi buat anak dara Ummi yang tersayang dengan menyediakannya sekali lagi.Ummi tak akan berkira tentang penat lelah Ummi asalkan anak-anak Ummi bahagia.Sekali pun terpaksa Ulang tayang eh bukan, ulang masak.. tak apa, Ummi sanggup.Terubatlah jua rajuk anak Ummi.Hati Ummi pun turut sama gembira kerana kali ini hasilnya lebih baik dari minggu lepas.


Alhamdulillah apa-apa yang kita laksanakan dengan hati yang ikhlas dan tulus, insyaallah hasilnya pasti memuaskan.Malah hasil air tangan Ummi buat anak-anak adalah seberkat-berkat makanan buat anak-anak, amin..

Apa-apa pun yang penting anak-anak Ummi merasa cup cake kegemaran dari hasil tangan Ummi sendiri..betapa seronok sungguh xtbt hari itu...!!

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH