~29 Jan~

Hari ini, 29 Jan 2012....dulu 29 Jan 2004...saat paling indah dalam hidup, jua saat paling takut dan gemuruh. Bertarung dan bergadai nyawa sendiri demi satu nyawa...yang akhirnya kini telah memberikan bahagia.

Dia yang telah kukandung hampir 10 bulan dulu, lahir dengan selamat dan berbadan bulat seberat 3.4 kilo..!! Lahir dengan senyuman yang comel dan tangisan yang menggugurkan airmata....oh Ya Allah akhirnyaku seorang ibu..!...seorang ibu..!

Dan kini dia telah membesar, dengan penuh kasih dan cinta, dengan penuh onak duri yang digalas bersama, dialah peneman hidup di kala ketawa dan berduka.

Dia telah pun 8 tahun...bererti telah pun 8 tahun aku berpangkat ibu kepadanya, juga seterusnya buat adik-adik yang menyusul selepas itu...

Dia bukti kekuatanku disaat getir melanda hidup kami, dia tetap setia menemani, Dia saksi segala airmataku yang telah tumpah, dia yang sentiasa membuatku bahagia, dialah segalanya...

Aku akan tetap bertarung dan bergadai nyawa, biar kalau untuk selamanya, biar dalam apa jua pun, demi untuk dia, kerana dia sangat kucinta...

Selamat Hari Lahir Anak Ummi Haifa Darwisyah.

Tiada kata yang bisa menafsirkan,

betapa Ummi

terlalu kasih,sayang dan cinta

dirimu..

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH