~Abg Afiz mula masuk Kelas~

Alhamdulillah malam tadi adalah kelas tuisyen yang kedua buat Abg Afiz..Kesungguhan Abg Afiz membuatkan Ummi lebih bersemangat untuk teruskan kelas belajar membaca.




Abg Afiz sangat cekal orangnya, macam faham sangat bila tiba hari isnin dan selasa, awal-awal lagi Abg Afiz akan bersiap, dah pakai baju dan seluar sendiri dengan kemasnya dan bersedia dengan beg berisi buku rujukan serta bekas pensel Power Rangers yang kakak hadiahkan.



Kecekalan Abg Afiz memang mebuatkan Ummi terharu dan Abg Afiz juga sanggup tidak mahu pakai pampes lagi serta berusaha belajar untuk buang air sendiri. Semuanya kerana bila Ummi kata Abg Afiz dah besar dan akan masuk sekolah. Hanya kerana Abg Afiz sudah mulakan kelas belajar membaca, Abg Afiz tiba-tiba jadi bijak dan berani berdikari. Abg Afiz berusaha pakai seluar sendiri walau adakalanya terbalik, Abg Afiz berusaha sikat rambut sendiri,Abg Afiz sedar kena buat semua tu, tanpa di suruh.



Itulah semangat juang Abg Afiz yang buat Ummi kagum sangat.Ternyata Abg Afiz sudah buktikan kepada Ummi bahawa Abg Afiz bukanlah jenis yang tak boleh berdikari, lemah dan cengeng..walaupun Abg Afiz seorang anak yang sangat manja dan tak boleh berenggang dengan Ummi hinggakan Ummi terpaksa tunggu di luar kelas, dan setiap setengah jam Abg Afiz akan keluar untuk peluk dan cium Ummi.



Tapi Ummi bangga kerana Abg Afiz mampu belajar dengan pelajar yang sudah berumur 5 dan 6 tahun.Sedangkan Abg Afiz belum pun lagi 4 tahun, syukur alhamdulillah Ummi bahagia lihat Abg Afiz yang bersemangat.



Abg Afiz tak pernah sampai hati buat Ummi kecewa hinggakan setiap masa akan tanya Ummi merajuk ke bila Abg Afiz lihat Ummi diam, Abg Afiz akan selalu minta izin untuk sayang Ummi, selalu peluk dan cium Ummi dari belakang. Abg Afiz akan selalu dekat dengan Ummi dan selalu beritahu betapa Abg Afiz sangat sayangkan Ummi.



Bila ditanya Abg Afiz sayang sebanyak mana, dengan pantas Abg akan menjawab Sayang Ummi Banyak Hujan....terharunya Ummi, kerana Ummi tahu Hujan itu sangat banyak nilainya dan andai benar sebanyak itulah sayang Abg Afiz, besarlah lagi sayang Ummi juga buat Abg Afiz..semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi Abg Afiz dunia dan akhirat.



Abg Afiz telah buktikan yang Abg Afiz sudah belajar, dan sudah dewasa dari usia..









Abg Afiz bersama baby kesayangan..

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~