~aduhai Baby~

Ya Allah...pagi ini insiden yang tidak dijangka telah berlaku, baby terpegang seterika..! hadui...tuhan saja tahu betapa kecut perut, takut dan paniknya aku. Nasib baik di rumah memang ada simpan gel aloevera, sapu di tangannya yang kecil tu tapi meraungnya tak usah cakaplah...macam dah melecur separuh badan.



Pagi tadi kakak minta digosokkan tudungnya yang konyok setelah dimasukkan ke dalam beg sekolah selepas PJ semalam, selepas siap menggosok, seterika dah ditutup dan disimpan tapi masih panas, baby yang baru bangun tidur segera mencari ummi..
Bila dilihat bilik terpasang lampu, baby meluru masuk tanpa disangka seterika yang dipegangnya, Tuhan saja tahu haru birunya ummi dipagi hari ini.
Berlegar mencari klinik yang 24jam pula tidak jumpa, akhirnya terpaksa tunggu klinik dibuka jam 9pagi, malang lagi bertimpa ketika bali ke rumah, lif pula rosak, dokong baby dari GF ke tingkat 10..! adui alang kepalang penatnya, dugaan datang bertimpa.


Alhamdulillah baby tiak kritikal dan baby akhirnya diam juga dari meraung setelah letih, syukur baby tidak juga apa-apa. Fuhh..akhirnya ummi lega.


Ya Allah jangan kau timpakan dugaan yang berat buat anakku Ya Allah, gantilah segala kesakitan dan kesulitan itu kepadaku Ya Allah, janganlah kepada anakku kerana mereka masih kecil untuk melalui kesakitan Ya Allah..

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH