~leka~

Bila nama pun manusia,




Aku nak tulis, manusia ni sering terleka. Manusia mudah lupa, sepertimana kata Dr. M melayu yang mudah lupa, tapi hakikatnya manusia memang mudah lupa.




Istilah lupa dan leka sedikit berbeza, lupa ia mungkin boleh ingat dan perbetulkan semula. Tapi kalau leka..sukar diperbetulkan.




Kerana leka ni, ia boleh terjadi berpanjangan..


bila leka..lama-lama kelamaan ia menjadi satu kebiasaan. Dan yang paling sukar, kalau sudah tidak boleh diubah atau diperbetulkan dalam ertikata lain, sudah jadi satu habit/tabiat.




Paling susah lagi bila orang lain tegur pun tidak boleh diterima kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan.




Kalau leka dengan sesuatu perkara yang baik tidak mengapa, tetapi kalau sebaliknya itu satu masalah.




Orang leka ni, bila terhantuk barulah terngadah. Itupun kalau terngadah..kalau tidak, lekanya tetap terus...




Sekali sekala bagus juga orang yang terleka ini ia terkena dengan akibat buruk setiap apa yang ia lakukan, kerana pada ketika itu ia mungkin mulai tersedar dan belajar dari kesilapan.


seterusnya alangkah baik jika ia mengambil hikmah sebagai iktibar, agar tidak terleka lagi.




*peringatan ini untuk semua dan diriku sendiri..

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH