~sepi~


Sepi hati terjadi lagi


Mungkin sampai mati aku sepi


Biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir


di bibir saja...


Aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti


Namun berat beban hidup kubiarkan saja


Biar saja hanya ku yang tahu


Sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau


Namun kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri


Ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat


Sepanjang ku bisa atasi semua..aku tetap diam

Allah tahu segalanya..


Aku kesal dan terkilan, tapi aku terpaksa menyerah..


pada takdir dan hanya tinggal tawakkal dalam diri..


kerana aku sangat percaya pada karma ke atas semua..


Biar hari ini aku menangis..


Aku pinta kelak akan hadir sebuah bahagia..


Aku tidak akan menoleh ke belakang..


Biarkan tertinggal semua suka duka semalam, yang telah menjadi satu kenangan suram.



Aku akan teruskan kehidupan

kerana hidup ini masih panjang..



Terima kasih kerana masih terus memberikan aku kesakitan


dengan ujian pelbagai ujian,


sejak dulu kini dan entah bila


sandiwara dan lakonan akan tiba nokhtahnya..



kerana segala kesakitan yang kalian berikan ini


aku bisa ubat sendiri dan aku masih mampu bangkit lagi


untuk sisa yang tetap ada..


terima kasih..kerana memberi aku ruang


untuk makin tahu kalian sebenarnya siapa


dan untuk memberi aku satu petanda terus waja


dalam apa jua suasana yang kau wujudkan


nyata ia tetap memberikan aku makna


satu petunjuk


satu pengajaran


satu kekuatan



satu hikmah

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH