~Rekod Tahunan~
Sekarang baru je Julai.. Kalau dikira-kira setakat ini dah banyak perkara berlaku.. Kalau buat catitan dan rekodkan dalam buku rekod tahunan, banyak dah ni..heheee (buat-buat ketawa ceriakan diri) Hmm... banyak, memang banyak, pahit manis yang telah ditempuhi tahun ini. Belum habis tahun lagi, tapi memang dah banyak. Kalau nak bandingkan dengan tahun lalu, tahun ini lebih mencabar. Lebih mencabar akan lebih mendewasakan, amin. Perkara-perkara yang pahit dan getir telah pun dilalui, terpaksa dilalui, kerana hidup ini hanya satu jalan atas satu garis masa, meskipun ia ada pilihan. Redha Wajib redha dengan apa yang telah dialami. Biarpun tiada siapa yang tahu, biarlah..Allah kan ada..yakin sajalah sekuat-kuatnya dalam hati. Ada lah ganjarannya nanti, janji Allah kan benar. Sabar Wajib juga sabar, kalau tidak, tidak akan dewasa jika tidak mampu sabar. Kerana itulah pengukur iman dan integriti diri. Tawakkal Ya..! itu saja yang termampu, bagi saj...