Pulau Belitung - Pulau indah yang menyimpan makna tersendiri

Assalamualaikum wbt.

Lama sekali tidak menulis.
Kali ini menjejak mimpi jadi realiti di Pulau Belitung. Jika dengar nama pulau seperti tiada apa-apa kejutan, tiada apa yang istimewa.
Namun jika seseorang pernah menonton filem laskar pelangi dan sang pemimpi, hati memang teruja ke sini.

Orang akan hadam kisahnya yang berkisar anak kecil punyai jiwa besar. Jiwa yang mampu merubah nasibnya.

Pulau ini sangat indah. Serasakan satu drama hebat dalam diri bila melihat tempat yang punyai kisah tersendiri.

Aku sangat teruja. Itu saja.
Orang yang ada jiwa sastera, jiwa seni dan cinta pada alam akan lebih faham.
Bukan aku seorang, tapi semua.

Perkampungan yang sangat indah, rakyat yang santun, bangsa melayu yang baik, islam yang jujur, semua ada.

Aku tak pandang pada taraf mereka, malah aku rasa cara hidup mereka lagi bahagia dari orang mewah tempat kita.

Mereka hidup atas dasar bahagia pada sederhana. Mereka tak berlumba. Itu yang paling aku kagum!

Mereka jujur pada diri, bangsa, agama dan negara. Sederhana mereke tak kenal hasad.

Mereka hidup atas redha sebuah takdir. Aku sangat insaf bahawa hidup ini tak perlu terkial-kial untuk hipokrit dan berebut sesuatu yang telah Allah tetapkan.

Iya, untuk apa berhabis berlumba, Allah pemilik segalanya memang dah aturkan, dan bahagikan secara adil, kita sahaja yang tak pernah sedar kecukupan.

Aku kagum dengan mereka.

Indah tempatnya Allah kurniakan, penenag hati dan jiwa. Merasa aman perasaan untuk bertandang.

Belitung, biar zahirmu kaya yang tak terlihat, namun anugerah kau wujud sudah cukup besar. Allah lebih mengetahui.


Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH