Sesuatu Yang Tidak Lama

Bismillah..
Selawat ke atas Rasulullah saw

Cuba renung alam sekitar, apa saja yang terjangkau di mata, ada pasang surutnya. Ada pusingannya sendiri..

Ia tidak lama, tiada yang kekal.

Datang silih berganti, datang dan pergi, ada tiada.. Kesudahannya semua kembali.
Kembali kepada Rabb yang menciptakan, menjadikan, memiliki...

Termasuklah salah satu makhluk ciptaanNya, adalah 'kita' hambanya.

Dunia ini penjara bagi orang mukmin,
Syurga bagi orang kafir.

Fitrah ujian buat mukmin ukuran iman buatnya. Tidak mengapa, ia tidak lama..

Belajar dan terus belajar.
Bersabar dan terus bersabar.

Islam yang suci yang diutuskan Rasulullah ini menjadi tentangan pada mereka yang jauh dari hidayah Allah. Usah sedih dan berputus asa... Bayabgkan sahajalah, bagaimana kental perjuangan Rasulullah menyampaikan utusan buat orang-orang jahiliyah. Sedangkan hari ini buat orang yang sudah mengaku agamanya islam.

Ilmu dan Iman besar amanahnya.

Medan perang akhir zaman bukan sekadar alkafirun, tapi paling sedih dengan islam sendiri...yang munafiqun.

Itulah namanya perjuangan akhir zaman..
Kemenangan islam pada jihad, jihad kini bukan bermain pedang, tapi pegang iman.

Kebangkitan islam dari kuatnya mukmin menggenggam islam.

Benarlah kata Rasulullah, di akhir zaman, ia seperti menggenggam bara api.

Ia...semakin rasa. Rasa cabarannya.
Namun, kuatkan hati, yakin dengan janji Allah. Allah tidak akan memungkiri.

Dan Allah datangkan ujian tidak lama..
Kerana akan kembalikan semula padaNya.
Kembalilah dengan putih berseri.

Kerana dunia ini penjara buat mukmin, syurga sebenar Allah sudah sediakan..


Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~