Dia ada untuk menjaga

Tak perlu takut untuk rasa gusar atas kecukupan.

Cukup itu pada berkat.
Berkat itu akan datang dari usaha.
Usaha daripada yg paling ikhlas.

Jangan down, jangan kecewa.
Jangan sedih dan jangan letih.

Memang, saat tersedar, tiada siapa di sebelah, tersedar...
Tapi Dia masih ada.

Kamu tidak lumpuh sendirian.
Insan terhebat ada dalam hati kamu.
Tapi bukan pada wajah, pada keringat.

Kasihan.
Jaga kamu lebih baik, lebih menghargai diri kamu. Kamu yang lebih tahu siapa kamu.

Berhenti.
Berhenti melihat, meminta, menunggu dan mengharap.

Kamu tidak akan dapat apa-apa.
Sebab dia insan yang tidak pernah berusaha menghargaimu.

Silap.
Kamu yang silap.
Percaturan,
Pilihan,
Keputusan.

Sesal
Sesallah sepatutnya.
Tapi di depan  sana bukan tiada ruang.
Bukan tiada jalan.

Aturan kamu adalah untuk kamu.

Jangan pernah lupa
Dia ada. Kamu jaga Dia, Dia lebih menjagamu.

Airmata kerana Allah.

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~