Posts

Showing posts from October, 2009

mereka..

Image
Hari ini Muhammad Hariz Danish genap 3 bulan. Setakat ini perkembangannya ok, sihat walafiat dan makin tembam. Muhammad Hafiz Darwisy pula 1 tahun 6 bulan 1 hari, dah makin lincah dan manjanya menjadi-jadi, kadang tu geram juga dengan cengengnya yang sekali sekala datang mengada tapi itulah kelainannya. Haifa Darwisyah pula 5 tahun 9 bulan makin bijak dan petah. Kadang tu pening juga dengan degilnya. Buat bising pun no. 1 kalau di rumah. Sangat sayangkan adiknya dan adakalanya rajin juga menjaga adik tapi lebih banyak menyakat dari menjaga. Dia sekarang taklah seboring dulu lagi sejak ada dua orang adik dalam masa yang singkat. Bila berbual, dah macam orang dewasa bualnya, dah pandai tanya soalan yang kadang tu sukar untuk dijelaskan. Tapi kasihan, dia adakalanya menjadi mangsa keadaan bila selalu disuruh macam-macam termasuklah menjaga adik. Selalu jadi mangsa dipersalahkan dalam semua hal, walau pun tidak sepatutnya. Tuhan saja yang tahu betapa besarnya kasih & sayang ini pad...

Dan sungai ini...

Image
Tadi hampir sepetang di sungai, hmm..rindu benar dengan sungai ni. Banyak benar kenangan indah dan pahit di sini. Kecil-kecil dulu di sinilah tempat bermain, juga tempat melepaskan perasaan bila di marah mak, tempat mencari rezeki, pendek kata tempat bersusah senang masa kecil dulu. Ingatanku mula mengalir… Balik sekolah hari tu, aku dan Siah melencong ke sini, apa lagi..mandi sungai la..siap main tarzan lagi..bergayut dengan akar pokok bunut dari atas tebing berayun dan terjun ke tengah sungai, tempat dalam lagi tu pastu berenang ke tepian..hehehe..beranikan aku?? Biasala, kalo tak berani bukan budak kampunglah namanya.. Tengah leka main air, mak menjerit dari tebing sungai, aku tengok di tangannya dah redi dengan ranting, apa lagi berbiratlah satu badan hari tu. Esoknya bila jumpa Siah kat sekolah, dia pun berbirat juga, rupanya mak aku dah repot kat mak dia..adui sian betul Siah. Sejuk kakiku..oh sejuknya masih seperti dulu..masih mengalir lesu bagai dulu….. Petang tu aku frust abi...

Selamat Jalan

Selamat jalan buat tiga orang insan yang disayangi, semoga perjalanan ini diberkati dan dilindungi Oleh Allah swt. saya doakan kalian selamat pergi dan kembali.. Buat Yan yang akan bertolak ke Holand malam ni, berhati-hati di tempat orang, ambillah sebanyak mana ilmu dan peluang yang ada di sana. Kembalilah dengan kenangan yang berharga. Buat Mama & Aboh yang akan bertolak ke Mekah hari ini, semoga mama & aboh memperolehi haji yang mabrur, sentiasa dipermudahkan urusan, selamat mengerjakan ibadah dengan penuh tawaduk, doakan saya di sana nanti. Selamat jalan...

Kerana kita di dalam takdirNya…

Petang itu cerah..langit kembali memberi sinar setelah hampir setengah hari hujan..daun-daun masih basah, sisa air hujan masih mengalir perlahan tumpang lalu di tepi jalan tar yang sempit..mengalir masuk ke dalam pagar..mengasak ke arahku.. sengaja kubiarkan kaki dilanggar rembesan air di bawah rumput itu… Duduk termenung jauh di atas batang kelapa yang ditebang sebulan lalu, tergolek di belakang dapur..disebelah ku ada dua tiga batang serai yang baru dicabut..masih berserabut dengan akar dan daun yang panjang dan tajam sisinya..sengaja tak dipotong..biarlah dia. “Wei…kat sini kau rupanya, puas aku panggil..pintu tak kunci, ingat ada orang..ish..” Nyaring suara itu, aku dongak perlahan dalam separuh sedar, siapala yg mengacau lamunan sedihku ini..Siah! Wei…kau dari mana? Bila kau balik? Lamanya kita tak jumpa, aku selalu cari kau! Banyak soalan yang aku tanya, sampai satu pun tak mampu dijawab Siah. Petang itu kami berbual lama, banyak perkara yang telah tertinggal untuk diceritakan s...

aku tidak mahu lagi

Aku tidak mahu lagi Mencintai seseorang dengan sepenuh hati Kerana bila tersedar yang aku tidaklah dicintai sedemikian, Aku jadi patah hati.. Aku tidak mahu lagi Merindui seseorang yang kukasihi bila berjauhan, Kerana bila aku tersedar yang aku dilupakan dibelakangnya, Aku juga yang hampa Aku tidak mahu lagi Menganggap bahawa aku memiliki seseorang Kerana cuma aku yang merasakan sebegitu, Hakikatnya, aku silap.. Akhirnya aku juga yang akan kesal… Aku tidak mahu lagi mempercayai.. Walaupun seorang teman hidup yang pernah susah senang bersamaku Kerana bila kepercayaan yang kuberi dikhianati, Aku jadi tidak pernah yakin lagi.. Aku tidak mahu lagi Meletakkan harapan apa-apa pada sebuah perhubungan Kerana bila hubungan itu gagal di tengah jalan… Disitulah kesilapan yang sukar utk disesali.. Aku tidak mahu lagi Menangis mengenangkan nasib Dengan ujian dan dugaan yang sentiasa hadir.. Kerana Takdir telah menentukan segalanya.. Aku tidak mahu mengharapkan balasan pada cinta & kasih yang ku...

spesel raya

Image
Raya baru ni, tak sempat nak snap pic coz bz dgn baby baru..tahun ni tahun kedua bagi Afiz merayakannya, dia berbaju melayu ungu sedondon dengan kakaknya..tapi bl nak snap dia melarikan diri..malu le konon...

2 Minggu...2 bulan..

Image
Muhammad Hariz Danish Ketika berusia 2 minggu dan setelah berusia 2 bulan... masa lahir..beratnya 2.09kg...sekarang 4.7kg..rahsianya?? khasiat susu ibu..