Posts

Showing posts from 2012

Tup..tup..Oh..! December..!!

Image
Salam..   hmm...cepatnya masa berlalu, tup tup dah pun masuk disember, 2012. wahhh...sungguh laju masa berlari, dan sungguh lama juga blog ini tidak ter'update'...maklumlah sungguh sibuk dengan dunia yang fana...siber yang fana..dan sungguh malas sebenarnya menjenguk blog..hahaha..lagi lah sejak ada fb, kira pakai mudah je zaman sekarang, lagi pun senang berkomunikasi dengan semua orang hanya dengan fb.   Paling utama, alasannya adalah agak kekeringan modal untuk bercerita dan berkarya..idea agak kemurungan, duka jua sering berselang, jadi karya jadi agak kekontangan...   Cerita-ceriti 2012, sangat banyak pelajaran, pengajaran, pembelajaran dan pengalaman. Sudah pasti semuanya terpahat kukuh dihati, diingatan..   2012 bakal pergi, dan hati sentiasa terbuka dengan 2013. Untuk senang dan mudah cerita, tutup buku lama, buka buku baru..tutup dengan tenang, dengan ikhlas hati dan buka dengan tabah dan bersedia dengan cerita baru, itu saja yang harus dan mampu kita l

hidup ini pilihan

Bila kita mengenali sesuatu yang baik, Kita mampu menilai kebaikan dan akan sentiasa ingat. Bila kita mengenali sesuatu yang tidak baik, Kita mampu mempelajarinya untuk dielakkan dan kita lupakan. Sebab itulah orang yang baik, bila dia ada akan dihargai bila dia tiada akan dirindui, tapi orang yang tidak baik akan dijauhi dan dilupai, dan bila dia tiada, tetap diingati, tapi teringat sesuatu yang tidak baik untuk dipelajari. Hidup ini pilihan, semua mahu yang terbaik, terpulang mahu pilih yang mana satu, Cuma ada 2, kita sendiri yang pilih, kita mampu mengubahnya. kalau telah berusaha dan cuba buat yang terbaik, bertawakkal sahaja dan bersabarlah dengan hasilnya. Kita ini cuma hamba, yang mampu cuba dan mencuba. Orang kata "what you give you get back" tidak kira sama ada dalam bentuk material atau moral. Sekalipun ungkapan yang merubah sesuatu. ramai orang hanya mahu menerima tetapi tidak mahu memberi, itulah silapnya, sebenarnya bila kita banyak memberi, ki

~Rekod Tahunan~

 Sekarang baru je Julai.. Kalau dikira-kira setakat ini dah banyak perkara berlaku.. Kalau buat catitan dan rekodkan dalam buku rekod tahunan, banyak dah ni..heheee (buat-buat ketawa ceriakan diri) Hmm... banyak, memang banyak, pahit manis yang telah ditempuhi tahun ini. Belum habis tahun lagi, tapi memang dah banyak. Kalau nak bandingkan dengan tahun lalu, tahun ini lebih mencabar. Lebih mencabar akan lebih mendewasakan, amin. Perkara-perkara yang pahit dan getir telah pun dilalui, terpaksa dilalui, kerana hidup ini hanya satu jalan atas satu garis masa, meskipun ia ada pilihan. Redha Wajib redha dengan apa yang telah dialami. Biarpun tiada siapa yang tahu, biarlah..Allah kan ada..yakin sajalah sekuat-kuatnya dalam hati. Ada lah ganjarannya nanti, janji Allah kan benar. Sabar Wajib juga sabar, kalau tidak, tidak akan dewasa jika tidak mampu sabar. Kerana itulah pengukur iman dan integriti diri. Tawakkal Ya..! itu saja yang termampu, bagi sajalah

10

2002 ~ 2012 = 10 years That's a long journey of time , is far. For those, that only figure , it is not what it means . But , this is a tragic , full of thorns , mines . So huge to express what I actually implied in the chest. God knows enough to understand . If I do not appreciate what has been experienced , it is very bad sound. N ot about grateful, but during this episode of life. The most obvious , clear and obvious , I regret. That was enough answers for themselves . Well , everyone there is hope , dream, and goals . Yes , I have , only this had happened otherwise. God created it the other way round because it is good for me, only I was not clear which comes from it. I know this my fault , and I had to face this thorny journey . So grievous.. remember ed , this continuity still make me cries…more and more. Caused own contrition , and..When it be end…. year When 10   illness, pai

Jun 2012

Jun datang lagi, kali ini bagi tahun 2012. Ini bermakna aku telah menghampiri fasa suku abad berada di dunia yang fana. Lafaz kesyukuran yang amat bererti buat Khaliq pencipta segala, kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas dan merasai limpahan rahmat dan nikmat sepanjang hidup di bumi ini. Banyak liku hidup dan jauh perjalanan yang telah dilalui serta dipelajari. Hidup ini penuh makna, bagi yang tahu mencari maknanya. Hidup ini tiada erti, bagi yang tidak tahu menilai ertinya. Apa pun, Allah swt amat pengasih dan penyayang, selagi kita berada di dalam limpahan kasih sayangNya, percayalah, kita tetap selamat. Semoga Allah swt redha dan berkati selamanya, amin. Selamat ulang tahun buat diri sendiri, syukur alhamdulillah.

Mencandat Sotong

~ Bila sesuatu yang mustahil telah kau lalui ~

Bila sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, Bila sesuatu perkara yang tidak seharusnya terjadi, Jangan kau kira ianya tidak akan berlaku, Jangan kau ingat ianya tidak akan terjadi, Dan hari ini bila telah menjadi kenyataan, Kau akan lalui sesuatu yang mungkin tpernah kau bayangkan, mungkin jua tidak. Dan inilah masanya, telah tiba untuk kau rasa, kau alami, kau lalui, untuk kau belajar sesuatu. Ambillah peluang ini.. Peluang yang orang lain tidak ketahui, Hanya dirimu, dirimu, dirimu.. Inilah masa kau muhasabah diri, audit diri dan kau belajarlah, belajarlah, belajarlah. Kerana daripada belajar, kau akan tahu. Tahu merasai luka, sakit dan getir, Tahu mensyukuri bila kau memperolehi, Tahu bahawa kau sebenarnya sedang diuji, Tahu inilah hakikat orang yang tidak mempunyai, Tahu harga dirimu, Tahu bahawa Allah swt semakin dekat dengan mu.. Kau tak pernah minta, Dan sesiapa pun tak pernah minta, Namun jangan kau kira, Jangan... Teruskan memandang ke lan

~Ibu..Anak~

Petang semalam pulang dari sekolah kakak merengek meminta sesuatu, "Ummi tolong kakak belikan hadiah.." "Hadiah? hadoah apa ? untuk siapa?" amboi banyak pulak songeh umminya nih,..tapi sayngkan anak kerana menghargai seseorang, oklah tak apa, akan aku tunaikan, aku saja je tadi buat-buat tanya, aku faham sangat..Haifa seorang insan yang sangat menghargai orang lain, terutamanya aku. selesai solat maghrib dan makan malam, aku berbisik agar kakak ambil kunci rumah dan pelan-pelan ke pintu sambil buka grill sesenyap yang mungkin agar 2 orang pendekar itu tidak perasan, aku bagi signal mata kepada hubby dan sorokkan tudung dan handbag di belakang. Pelan-pelan ke pintu dan kakak sudah tunggu di luar, sarung tudung dan kami terus cabut...la...sampai gitu sekali nak pergi kedai, mengalahkan apa ntah. "So, kita nak pergi kedai mana?" "Kita pergi Pustaka Rakyat"(kedao buku) aku drive je hingga ke destinasi. Kakak naik tingkat atas, katanya ummi tunggu

~Haifa ** Hadiah~

Buat anakku Haifa, terima kasih di atas penghargaan sebagai seorang anak terhadap ibunya, Ummi amat menghargai pemberian mu yang amat bermakna dan bermanfaat buat Ummi..Hari Ibu adalah setiap hari buat Ummi kerana sungguh bahagia menjadi seorang Ibu dan amat bertuah juga memiliki Ibu yang amat besar pengorbanannya, iaitu Nenek kepada anak-anak Ummi sekarang. Penghargaan yang paling besar adalah buat "mek" yang sentiasa mengisi kekosongan diri, dunia dan akhirat ummi sejak kecil hingga dewasa..semoga mek diberkati Allah swt dan kakak menjadi anak yang solehah.. Suatu hari nanti kakak juga akan rasai pengorbanan seorang Ibu..dan akan tahu antara nikmat dan hikmah menjadi seorang ibu.. Untuk semua, jadilah seorang Ibu yang baik dan Ikhlas, anda akan rasai rewardnya...

..>Antara Ujian, Karma, Hikmah & Rahmat<..

Cepatnya masa beredar, sudah hampir setengah tahun, bila dikira-kira sudah sesuku abad juga diari hidup bertambah. Bila duduk termenung, teringat sendiri liku hidup banyak juga getirnya. Ujian demi ujian, rahmat demi rahmat, dan segala hikmah terkandung. Memang sukar dikira, maklumlah manusia ini mudah lupa tapi banyak juga perkara tak terlupakan, tidak larat untuk dihitung pun, ada. Namun tetap bersyukur pada Allah swt. Semua kerana dengan izinNya, limpah kurniaNya, qadaq-qadarNya.. Setiap apa yang berlaku aku terima hikmahnya. Kadang-kadang memang boleh membuatkan aku jadi teringat pada sesuatu kejadian yang menimpa, sebagai contoh yang terdekat, dan yang terbaru, bila aku disakiti hati oleh seseorang, boleh dikatakan dianiaya jugalah, kerana seseorang yang mengulangi “amalan” negatif ini iaitu mengaibkan, menjatuhkan, me”macam-macam” lagi terhadap aku, bila ku hadapi semua perbuatan akhirnya satu ketika selepas itu aku akan terima lebih banyak rahmat dan hikmah tanpa aku se

Happy Birthday 4th Hafiz Darwisy

Image
25 April 2012 Hafiz genap 4 tahun...Happy birthday my lovely son..Syukur alhamdulillah, Abg Afiz diberi kesihatan yang baik dan sedar tak sedar Abg Afiz dah pun 4 tahun, semoga hidup Abg Afiz sentiasa dilindungi, dipelihara dan diberkati Allah swt. Kami sekeluarga amat sayangkan Abg Afiz..tak pernah surut..tak pernah padam...

~GeGaraN BuMi~

Image
gambar sekadar hiasan sebagai gambaran... Subhanallah.. Semalam berlaku gempa bumi di sekitar Indonesia, India, Sri Lanka dan Malaysia. Gempa berlaku di kawasan pantai barat sumatera sekuat 8.9 skala rectar, kuat tu. Saat menghadapi gegaran itu, semua penghuni rumah pangsa memang akan rasai pengalaman yang mendebarkan. Ketika itu memang tak fikir apa-apa pun hanya dapatkan anak-anak dan keluar dari rumah selamatkan nyawa. Masa tu dah tak fikirkan harta, hanya nyawa yang lebih utama.Walau keluar rumah sehelai sepinggang pun tak mengapa, janji selamat anak beranak. Masa berlari keluar rupanya itulah jua yang dilalui oleh semua penghuni, semua orang. Sebenarnya, itu satu amaran dari bumi yang paling kecil, kerana yang paling besar masih banyak dan seterusnya akan berlaku, pada ketika itu semua harta sudah tidak berguna lagi, semua akan akur dunia ini bukan kekal, sementara sahaja, semua yang Allah kurniakan pada kita hari ini adalah pinjaman semata-mata, sekalipun nyawa yang sehabis daya

~BuAt mAsA iNi~

Image
Subhanallah, hari ini serasakan permulaan sebuah hayat yang baik, pertengahan yang baik dan mohon dari Allah insyaallah penutup yang baik..dan seterusnya hari-hari depan. Begitu lama tidak berblogging dengan cerita ceriti terkini. sekarang 5:20pm KL hujan lebat..alhamdulillah kuranglah kehangatan dan kekeringan kerongkong yg mula terasa sejak 2-3 hari lalu, alhamdulillah batuk pun sudah berkurangan. Sekarang sedang melewati suasana hujan di selang seli dengan guruh berdentuman, awan kelihatan tebal di area hulu klang dan disekitar bandaraya semakin kelam namun masih kelihatan KLCC & KL Tower.. Dalam menghayati cuaca, aku mensyukuri nikmat Allah swt. Aku renung dalam diri, dalam hati, ingat segalanya.. semalam telah pergi..hari ini bakal pergi.. semua yang ada detik yang sekejap, semua pun sedar, cuma mungkin adakala leka, aku risau, adakala gundah, semua akan pergi, aku jua pasti pergi, apakah yang bakal ditinggalkan, kalaupun kita ini hanya manusia biasa, jangan hanya tinggalkan y

~buktikan~

Ketika seseorang cukup kuat buatmu terjatuh, kamu harus tunjukkan padanya bahwa kamu juga cukup kuat bangkit berdiri.

~Value Of my LIFE~

Image
Say a prayer to self Said I'm terrified but I'm not leaving Know that I must pass this test As my life flashes before my eyes I'm wondering will I ever see another sunrise So many won't get the chance to say good-bye But its too late to think of the value of my life

~tEaRs~

Image
Yesterday is gone, Tomorrow will be come but may be not.. Our story will continue to grow, With each passing day, Life is such a treacherous journey, To hear those two forbidden words, To vanquish all the pain, To understand my dearest wish: To know you once again. Red tears dropping to the ground. My heart filled with sorrow trying to wipe it down. Reflection of my red tears off the ground, It Tears my heart down, all I want is for my heart to calm down.

~HeArT~

Image
Inspiring Heart story - Most Beautiful Heart One day a young man was standing in the middleof the town proclaiming that he had the mostbeautiful heart in the whole valley. A largecrowd gathered and they all admired his heartfor it was perfect.There was not a mark or a flaw in it.Yes, they all agreed it truly was the mostbeautiful heart they had ever seen.The young man was very proud and boastedmore loudly about his beautiful heart. Suddenly, an old man appeared at the front ofthe crowd and said, "Why your heart is notnearly as beautiful as mine."The crowd and the young man looked at theold man's heart. It was beating strongly,but full of scars, it had places where pieceshad been removed and other pieces put in, butthey didn't fit quite right and there wereseveral jagged edges. In fact, in some placesthere were deep gouges where whole pieceswere missing. The people stared -- how can he say his heartis more beautiful, they thought?The young man looked at the old man

~If I can..~But Sorry..~

The Prophet Muhammad s.a.w said that was reported by Al-Bukhari & Muslim: Very good example of friends..And friends who are not good is like the perfume and iron. As for perfume carriers, whether he is a little bit or you buy from, or you could smell the fragrant smell of it. While iron, whether he burned his clothes, or you will smell of rotten smell. therefore mediators .. have friends but not. Maybe I'm just your neighbor but not a friend, even though I made ​​you. But in my heart I want us together in.. Jannah.. But what to do..tried but failed .. please forgive me, I could't viable, and perhaps, I should go.. because I dont want also fell ..

~Correct timing to take W.A.T.E.R~

Image
Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body. Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

~TerUkir di BiNtanG~

Image
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia Hati ini bukan milik ku lagi Seribu tahun pun akan ku nantiKan… kamu… Sayangku Jangan kau persoalkan siapa di hatiku Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

~ngantuks..? sebelum tidur..~

Image
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah : “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu : Khatam Al Qur’an Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat Membuatkan para muslim meredhai kamu Melaksanakan ibadat haji dan umrah. Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda : “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)” - MAFHUM DARI HADIS credit to: http://myibrah.com/

~Aku mengira..~

Image
Abu Yazid Al-Bustami berkata ” Aku telah keliru pada permulaan fikiran tentang empat perkara ” : 1- Aku mengira aku mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengingatiku. 2- Aku mengira aku mengenaliNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengenaliku. 3-Aku mengira aku mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mencintaiku. 4- Aku mengira aku menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh menhendakiku. Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf. M/S : 800. http://peribadirasulullah.wordpress.com/

~21 kunci~

Image
اعرفي المفتاح أولا. من أعظم أبواب العلم: معرفة مفاتيح الخير والشر، قال ابن القيم رحمه الله: وقد جعل الله سبحانه لكل مطلوب مفتاحا يفتح به; _فجعل مفتاح الصلاة: الطهور. 1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan._ومفتاح الحج: الإحرام. 2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji._ومفتاح البر: الصدق. 3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara._ومفتاح الجنة: التوحيد. 4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT._ومفتاح العلم: حسن السؤال وحسن الإصغاء. 5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab._ومفتاح النصر والظفر: الصبر. 6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran._ومفتاح المزيد: الشكر. 7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur._ومفتاح الولاية: المحبة والذكر. 8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati._ومفتاح الفلاح: التقوى. 9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa._ومفتاح التوفيق: الرغبة والرهبة. 10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT._ومفتاح الإجابة: الدعاء. 11-Kunci segala kemaqbulan adala

:)

Senyumlah, sesungguhnya Allah SWT memberi kesusahan adalah untuk membalasimu dengan kebahagiaan Apa yang Allah SWT ambil dari anda adalah Allah SWT akan memberi pada anda nanti Apa yang anda tangisi akan membuat anda tersenyum di suatu hari nanti Apa yang Allah SWT haramkan adalah untuk memberi kebaikan kepada anda nanti Apa yang Allah SWT uji adalah tanda Cinta Allah SWT pada anda … http://altakwa.net/forum/f3 http://peribadirasulullah.wordpress.com

~Suatu hari..~

Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :"Siapakah hamba Allah yang mulia?" Sahabat menjawab : "Para malaikat Ya Rasulullah" Sahabat yang lain :"tentulah para nabi, merekalah yang mulia" Nabi tersenyum lalu berkata :"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia" Para sahabat terdiam lalu berkata :"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah" Nabi berkata :"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan" Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-

~Salam Maulidur Rasul~

Image
1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan : فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧) Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Surah al A’raf 157) Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya. ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunai

~Jangan Bersedih~

Image
Tentu kau ingat akan kesedihan Baginda ditinggalkan oleh isteri kesayangan Baginda dan juga bapa saudaranya yang tercinta buat selama-lamanya? Juga tidak mungkin kau terlupa akan pemulauan dan ejekan keluarga dan kaum Baginda terhadap Baginda sendiri. Pujuklah hatimu dengan kalimah-kalimah yang menggembirakan hatimu. Sepertimana kau juga memberikan semangat semula kepada mereka yang bersedih di sekelilingmu. Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah. Sesungguhnya tidak datang kesedihan itu melainkan suatu ujian bagimu.

~Rahsia Wajah Berseri~

Image
Ramai yang bertanyakan rahsia wajah berseri… Sebenarnya Tipsnya Senang Sahaja ….Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal – Mahal Pun… Berikut ialah bagaimana wajah juga boleh kelihatan berseri-seri ~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit . ~ Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata . ~ Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang . ~ Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut . ~ Sentiasa ingat solat Isya’ di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran . ~ Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T . Tapi , Sayang . Masih Ramai Belum Menyedarinya…

~aduhai Baby~

Image
Ya Allah...pagi ini insiden yang tidak dijangka telah berlaku, baby terpegang seterika..! hadui...tuhan saja tahu betapa kecut perut, takut dan paniknya aku. Nasib baik di rumah memang ada simpan gel aloevera, sapu di tangannya yang kecil tu tapi meraungnya tak usah cakaplah...macam dah melecur separuh badan. Pagi tadi kakak minta digosokkan tudungnya yang konyok setelah dimasukkan ke dalam beg sekolah selepas PJ semalam, selepas siap menggosok, seterika dah ditutup dan disimpan tapi masih panas, baby yang baru bangun tidur segera mencari ummi.. Bila dilihat bilik terpasang lampu, baby meluru masuk tanpa disangka seterika yang dipegangnya, Tuhan saja tahu haru birunya ummi dipagi hari ini. Berlegar mencari klinik yang 24jam pula tidak jumpa, akhirnya terpaksa tunggu klinik dibuka jam 9pagi, malang lagi bertimpa ketika bali ke rumah, lif pula rosak, dokong baby dari GF ke tingkat 10..! adui alang kepalang penatnya, dugaan datang bertimpa. Alhamdulillah baby tiak kritikal dan baby akhir

~29 Jan~

Image
Hari ini, 29 Jan 2012....dulu 29 Jan 2004...saat paling indah dalam hidup, jua saat paling takut dan gemuruh. Bertarung dan bergadai nyawa sendiri demi satu nyawa...yang akhirnya kini telah memberikan bahagia. Dia yang telah kukandung hampir 10 bulan dulu, lahir dengan selamat dan berbadan bulat seberat 3.4 kilo..!! Lahir dengan senyuman yang comel dan tangisan yang menggugurkan airmata....oh Ya Allah akhirnyaku seorang ibu..!...seorang ibu..! Dan kini dia telah membesar, dengan penuh kasih dan cinta, dengan penuh onak duri yang digalas bersama, dialah peneman hidup di kala ketawa dan berduka. Dia telah pun 8 tahun...bererti telah pun 8 tahun aku berpangkat ibu kepadanya, juga seterusnya buat adik-adik yang menyusul selepas itu... Dia bukti kekuatanku disaat getir melanda hidup kami, dia tetap setia menemani, Dia saksi segala airmataku yang telah tumpah, dia yang sentiasa membuatku bahagia, dialah segalanya... Aku akan tetap bertarung dan bergadai nyawa, biar kalau untuk selamanya, bia

~sepi~

Image
Sepi hati terjadi lagi Mungkin sampai mati aku sepi Biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir di bibir saja... Aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti Namun berat beban hidup kubiarkan saja Biar saja hanya ku yang tahu Sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau Namun kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri Ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat Sepanjang ku bisa atasi semua..aku tetap diam Allah tahu segalanya.. Aku kesal dan terkilan, tapi aku terpaksa menyerah.. pada takdir dan hanya tinggal tawakkal dalam diri.. kerana aku sangat percaya pada karma ke atas semua.. Biar hari ini aku menangis.. Aku pinta kelak akan hadir sebuah bahagia.. Aku tidak akan menoleh ke belakang.. Biarkan tertinggal semua suka duka semalam, yang telah menjadi satu kenangan suram. Aku akan teruskan kehidupan kerana hidup ini masih panjang.. Terima kasih kerana masih terus memberikan aku kesakitan dengan ujian pelbagai ujian, sejak dulu kini dan entah b

~gagal~

Image
.:Jika anda gagal, bermakna bukan anda mengalami kagagalan tapi sebenarnya bererti anda cuma belum berjaya lagi:. ~so, janganlah frust bila anda gagal~

FOOD AS MEDICINE

Image
HADACHE? EAT FISH! Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches. So does ginger, which reduces inflammation and pain. FEVER? EAT YOGURT! Eat lots of yogurt before pollen season. Also-eat honey from your area (local region) daily. TO PREVENT STROKE DRINK TEA! Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading.... Green tea is great for our immune system)! INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY! Use honey as a tranquilizer and sedative. ASTHMA? EAT ONIONS!!!! Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better). ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!! Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system) UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!! Bananas will settle an upset stom

~Abg Afiz mula masuk Kelas~

Image
Alhamdulillah malam tadi adalah kelas tuisyen yang kedua buat Abg Afiz..Kesungguhan Abg Afiz membuatkan Ummi lebih bersemangat untuk teruskan kelas belajar membaca. Abg Afiz sangat cekal orangnya, macam faham sangat bila tiba hari isnin dan selasa, awal-awal lagi Abg Afiz akan bersiap, dah pakai baju dan seluar sendiri dengan kemasnya dan bersedia dengan beg berisi buku rujukan serta bekas pensel Power Rangers yang kakak hadiahkan. Kecekalan Abg Afiz memang mebuatkan Ummi terharu dan Abg Afiz juga sanggup tidak mahu pakai pampes lagi serta berusaha belajar untuk buang air sendiri. Semuanya kerana bila Ummi kata Abg Afiz dah besar dan akan masuk sekolah. Hanya kerana Abg Afiz sudah mulakan kelas belajar membaca, Abg Afiz tiba-tiba jadi bijak dan berani berdikari. Abg Afiz berusaha pakai seluar sendiri walau adakalanya terbalik, Abg Afiz berusaha sikat rambut sendiri,Abg Afiz sedar kena buat semua tu, tanpa di suruh. Itulah semangat juang Abg Afiz yang buat Ummi kagum sangat.Ternyata Ab

~kena kuat~

Nak bagi orang sekeliling kuat, kita dulu kena kuat. Kuat semangat, mental dan fizikal. Tidak dinafikan sangat terasa pahit getir bila terpaksa menjadi 'single mother' apatah lagi buat anak-anak yang masih kecil..yang belum mengerti apa-apa.. Lagi sedih bila tidak mampu menjawab persoalan mereka.. Ya Allah berikan aku kekuatan.. Dugaan ini amat bermakna buatku Inilah tebusan untuk ku mendapat sebuah redhamu Allah.. Berikan aku kebahagiaan bersama mereka bertiga.. biarpun hanya tinggal sisa.. Allah.. kuatkan hatiku Dekatkan aku di sisimu Allah.. Aku yakin Kau sentiasa ada di sisiku..

~leka~

Bila nama pun manusia, Aku nak tulis, manusia ni sering terleka. Manusia mudah lupa, sepertimana kata Dr. M melayu yang mudah lupa, tapi hakikatnya manusia memang mudah lupa. Istilah lupa dan leka sedikit berbeza, lupa ia mungkin boleh ingat dan perbetulkan semula. Tapi kalau leka..sukar diperbetulkan. Kerana leka ni, ia boleh terjadi berpanjangan.. bila leka..lama-lama kelamaan ia menjadi satu kebiasaan. Dan yang paling sukar, kalau sudah tidak boleh diubah atau diperbetulkan dalam ertikata lain, sudah jadi satu habit/tabiat. Paling susah lagi bila orang lain tegur pun tidak boleh diterima kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan. Kalau leka dengan sesuatu perkara yang baik tidak mengapa, tetapi kalau sebaliknya itu satu masalah. Orang leka ni, bila terhantuk barulah terngadah. Itupun kalau terngadah..kalau tidak, lekanya tetap terus... Sekali sekala bagus juga orang yang terleka ini ia terkena dengan akibat buruk setiap apa yang ia lakukan, kerana pada ketika itu ia mungkin mulai ter

Sudah..

Sudah terlalu banyak aku rasai.. Sudah terlalu lama aku ratapi.. Andai ini satu kesudahan biarkanlah..

~Penangan Budak Nak Masuk Sekolah~

Image
Tarikh : 01.01.2012 Tempat : Pekan Sri Gombak Masa : 4.00 petang Kisah : “Ummi jomlah kita pergi Sri Gombak, kan Ummi kata nak belikan akak Pencil Box baru..?” “Eh…kan Ummi dah bagi Pencil Case yang hadiah dari Agrobank tu? Yang masa Ummi register AgroKids tu…” “Eh, mana boleh Ummi kan dah janji, berdosa kalau tak tunaikan, ustazah kakak le cakap..lagi pun itu Pencil Case bukan Pencil Box” “Amboi..ewah-ewah..kemain lagi warning Ummi..Pencil Case ker Pencil Box ke sama jela” “Eh, sama ke..? lain tu, cuba Ummi eja dan sebut kan..” Pehh… aku dah terkena la plak dengan ayat aku sendiri..dan terkena pulak dengan janji aku..ok takpe..aku nak tunjuk aku tak mungkir janji so kami ke Sri Gombak di ekori dua lelaki kecil yang lagi bertambah mengada. “Ha..ni jangan nak ngada tau, Ummi tak banyak duit ni, Ummi bawa RM30.00 hengget jew, tak boleh belanja lebih daripada tu.” “Eh Ummi kan ada gaji banyak? (maksudnya dah dapat gaji) Aboh kata sekarang lagi banyak lagi dapat apa tu..bones?” “Eh..hell

~Durian Punyer Pasaii~

Image
haa...sedap..? sedap tak sedap memang terliur dan memang tidak dinafikan lagi.. masuk tahun baru pun durian muncul, tengah tahun pun musim, hujung tahun bucu tahun..eh ada ker..? tapi kalau tak silap sekarang tak ikut musim kan? asyik muncul ajer.. kalau dulu tunggu musim sekali setahun jer dapat merasa. ahaa.. maka inilah nak cerita, sedap punyer sedap makan la juga bila dah ada depan mata, si asben pula suke sangat mengade membeli mengalahkan mengidam..eh sapa plak mengandung..? jadi apa lagi, si bini pun makan la seulas dua untuk merasa..kesannya. hadoiiii bibir abis jadi lebam melepuh dah nak jadi bibir Ning Baizura giteww (terus nyanyi pastiiiiiewwwwww traik tinggi sikit high tone..! pitching lari..hohoho) tekak pula merah macam dah kena tonsil, telan air liur adehh sengatnya sampai ke telinga. baru kelam kabut minum air 100 pluss sebab takut sangat kalau demam. hmmm.... nak citer nyer pendek jer..aku hampir demam kerana makan durian. dan musim ni ramai orang sakit kerana durian,